1. Apakah yang dimaksudkan dengan akronim DUKE 2?
Ia adalah singkatan bagi Duta-Ulu Kelang Expressway Fasa 2.

2. Dimanakah lokasi Pejabat Projek Lebuhraya DUKE 2?
Wisma Ekovest, No. 118, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur.

3. Berapakah kadar tol (RM) di Lebuhraya DUKE 2
Kadar tol tertakluk kepada keputusan kabinet, dicadangkan mengikut kadar tol semasa Lebuhraya DUKE.

4. Apakah tujuan pembinaan Lebuhraya DUKE 2?
Tujuan utama pembinaan Lebuhraya DUKE 2 adalah untuk menyediakan laluan alternatif bagi menyambungkan Lebuhraya MRR2 dan MRR1 dengan lebuhraya DUKE yang sedia ada dalam membantu mengurangkan masalah kesesakan trafik yang berlaku di sekitar Bandar Kuala Lumpur dan Jalan Tun Razak.

5. Apakah kelebihan projek sambungan lebuhraya ini?
Manfaat yang dijangkakan:
i. Meningkatkan keberkesanan DUKE sediada dengan adanya laluan alternatif tambahan untuk ke/ dari Pusat Bandar KL dengan kawasan penempatan di kawasan Barat Daya Kuala Lumpur. Sebagai contoh, kawasan disekitar Kepong, Rawang dan sebagainya.
ii. Mengurangkan kesesakan di laluan keluar/masuk utama DUKE sediada.
iii. Mengurangkan kesesakan di sepanjang laluan utama di dalam bandaraya Kuala Lumpur dan lebuh-lebuh raya disekitarnya.

6. Dari aspek manakah Lebuhraya DUKE 2 membantu pengguna lebuh raya?
Memendekkan tempoh perjalanan, mengurangkan penggunaan bahan bakar dan mempunyai lebih masa untuk diluangkan bersama keluarga.

7. Berapakah bilangan plaza tol baru di Lebuhraya DUKE 2?
1 plaza tol baru di jajaran/hubungan Sri Damansara.

8. Lebuhraya DUKE 2 terbahagi kepada berapa hubungan?
2 bahagian, Tun Razak Link dan Sri Damansara Link.

9. Berapa jarak bagi setiap hubungan tersebut dan lokasi arahnya?
i. Hubungan Tun Razak – 9.0km Bermula dari Jalan Tun Razak, berhampiran Hospital Kuala Lumpur / Institut Jantung Negara (IJN) menghala ke arah utara sepanjang Jalan Pahang dan Jalan 9/48A sehingga ke Jalan Gombak. Bersambung ke DUKE sediada di Persimpangan Sentul Pasar. Secara keseluruhan jajaran ini adalah struktur lebuh raya bertingkat dibina atas jalan raya sediada.
ii. Hubungan Sri Damansara – 7.0km Bermula di Persimpangan Bandar Menjalara/Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di bahagian barat menghala ke arah timur ke Persimpangan Segambut. Secara keseluruhan jajaran ini adalah struktur lebuh raya bertingkat dibina atas jalan raya sediada.

10. Berapakah jumlah persimpangan bertingkat Lebuhraya DUKE 2?
i. Tun Razak Link : Persimpangan Sentul Pasar dan Persimpangan Gombak.
ii. Sri Damansara Link : Persimpangan Bandar Menjalara dan Persimpangan Segambut.

11. Berapakah jumlah tanjakan/jalan susur (ramp) Lebuhraya DUKE 2?
9 tanjakan/jalan susur iaitu:
i. Jalan Tun Razak
ii. Jalan 9/48A
iii. Sentul Pasar
iv. Taman Sri Setapak
v. Jalan Sentul
vi. Jalan Gombak
vii. Menjalara
viii. Jalan Lang Emas
ix. Segambut

12. Berapa lorong tol yang meliputi Lebuhraya DUKE 2?
Plaza Tol Sri Damansara

Plaza Tol Sentul Pasar (Tambahan)


13. Ciri-ciri sambungan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Fasa 2):
i. Rekabentuk 3 lorong 2 hala;
ii. Dua persimpangan bertingkat dan susur keluar/masuk berhampiran Desa Park City.
iii. Satu persimpangan bertingkat dan susur keluar/masuk berhampiran Lebuhraya DUKE sedia ada dan di Jalan Tun Razak.

Plaza Tol Sri Damansara

Plaza Tol Sentul Pasar (Tambahan)


14. Apakah laluan Alternatif bagi DUKE 2?
Laluan Alternatif DUKE 2:

 


15. Apakah ciri-ciri tambahan di Lebuhraya DUKE 2?
Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :
i. Kamera Litar Tertutup (CCTV)
ii. Sistem Paparan Elektronik (VMS)
iii. Sistem Pengesan Kenderaan Automatik (AVDS)
iv. Pusat Kawalan Trafik (TMC) 24 jam sehari
v. Sistem Kawalan dan Pemantauan Trafik (TCSS)
vi. Pasukan Peronda Lebuhraya
vii. Hentian Sebelah
viii. Pos Tambah Nilai (Touch N Go)
ix. Telefon Kecemasan (Emergency Telephone)

16. Apakah konsep yang digunapakai di Lebuhraya DUKE 2?
Sistem Terbuka : tidak memerlukan tiket transit atau kad. Pengguna perlu membayar kadar tol setiap kali melalui plaza tol.

17. Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan Touch N Go di lorong tunai Lebuhraya DUKE 2?
Boleh. Sistem Kutipan Tol (TCS) di Lebuhraya DUKE menyediakan pengimbas kad tersebut dikesemua lorong tunai.

18. Adakah Lebuhraya DUKE 2 menyediakan lorong tambah nilai?
Ya. Ianya dalam proses perancangan.

19. Apakah nombor yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan di Lebuhraya DUKE 2?
Nombor yang boleh dihubungi ialah nombor telefon Hotline DUKE, 03-6251 3100

20. Berapakah had laju yang dibenarkan di Lebuhraya DUKE 2?
Minima 40km/j sehingga 90km/j. Tertakluk kepada had kelajuan kebangsaan yang telah digazetkan/ditetapkan.

21. Apakah jenis kenderaan yang dibenarkan di Lebuhraya DUKE 2?
Semua jenis kenderaan tetapi pada masa akan datang ada beberapa jenis kenderaan yang mungkin akan dilarang.

22. Apakah nombor yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan di Lebuhraya Duke 2?
Senarai nombor dan agensi yang boleh dihubungi:


23. Berapakah jumlah kawasan setinggan yang terlibat dalam projek Lebuhraya DUKE 2?
5 buah kampung terlibat iaitu:
i. Tun Razak Link : Kampung Puah Seberang, Kampung Puah Hilir, Kampung Puah Bahagia, Kampung Chubadak Jaya, dan Kampung Chubadak Tambahan.
ii. Sri Damansara Link : Kampung Segambut Bahagia.

24. Adakah kawasan tanah rizab melayu terlibat dalam projek ini?
Tiada kawasan tanah rizab yang terlibat.

25. Adakah projek ini melibatkan penutupan jalan sedia ada?
Tertakluk kepada peringkat kerja pembinaan. Kemungkinan terdapat lencongan jalan sementara. Sekiranya jalan ditutup, laluan alternatif akan disediakan.

26. Pihak manakah yang terlibat dalam memberi kelulusan trafik untuk Lebuhraya DUKE 2?
Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

27. Agensi manakah yang terlibat dalam memberi kelulusan untuk meneruskan projek Lebuhraya DUKE 2?
LLM, JKPTG, dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

28. Adakah kerja-kerja pembinaan Lebuhraya DUKE 2 dijalankan sehingga lewat malam?
Waktu yang dibenarkan bermula dari jam 7 pagi sehingga 8 malam (Setiap hari) tetapi kerja-kerja tersebut boleh dilanjutkan sehingga lewat malam, tertakluk kepada kebenaran dari pihak berkuasa.

29. Berapakah kadar kebisingan yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk projek Lebuhraya Duke 2?


30. Adakah penghadang bunyi disediakan di kawasan sensitif projek DUKE 2
(Contoh : perumahan, hospital, dan sekolah)?
Ya.

31. Apakah nombor telefon HOTLINE Lebuhraya DUKE 2?
03-6251 3100.

32. Adakah ianya beroperasi 24 jam sehari?
Ya. Ianya beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

33. Adakah Lebuhraya DUKE 2 mempunyai maklumat perhubungan lain selain daripada telefon?
Ya. Kami mempunyai beberapa alat perhubungan/komunikasi yang boleh disalurkan, iaitu:
i. Laman Sesawang :www.duke.com.my
ii. Emelkan Cadangan / Pandangan :pr@duke.com.my
iii. Laman Sosial Facebook :DUKE Highway (Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang
iv. Twitter@LebuhrayaDUKE
v. Hadir ke Pejabat Operasi Tol kami, di alamat
Bahagian Perhubungan Awam
Plaza Tol Ayer Panas
KM 7.4 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
Off Jalan Ayer Madu
53200 KUALA LUMPUR

34. Dimanakah lokasi Pusat Khidmat Pelanggan Lebuhraya DUKE 2?
Di Plaza Tol Sri Damansara.

35. Waktu Operasi Pusat Khidmat Pelanggan:
Plaza Tol Sri Damansara :7.30 pagi – 7.30 malam
SABTU, AHAD & CUTI UMUM : TUTUP

36. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek DUKE 2 yang terkini?
i. Melalui laman sosial Facebook :DUKE Highway (Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang
ii. Pertanyaan lisan melalui talian :HOTLINE DUKE, 03-6251 3100
iii. Pertanyaan melalui emel, :pr@duke.com.my
iv. Hadir ke Pejabat Operasi Tol kami, di alamat
Bahagian Perhubungan Awam
Plaza Tol Ayer Panas
KM 7.4 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
Off Jalan Ayer Madu
53200 KUALA LUMPUR

37. Berapa lamakah tempoh pembinaan Lebuhraya DUKE 2?
3 Tahun (36 bulan).

38. Berapa lamakah masa yang diperlukan dalam menyiapkan Lebuhraya DUKE 2?
Lebih kurang 3 tahun.

39. Berapakah kos pembinaan keseluruhan sambungan Lebuhraya DUKE 2?
RM1.108 Billion.

40. Bilakah projek ini dijangka akan siap dan beroperasi sepenuhnya?
Pada penghujung tahun 2016 , jika tiada sebarang kelewatan

41. Bilakah Lebuhraya DUKE 2 dijangka dibuka secara rasmi kepada umum?
Pada Penghujung tahun 2016.



Subscribe To Our Newsletter