ENG   BM
Facebook
The Highway
image image
   
  Tip Keselamatan
   
  Di sini diberikan beberapa tip bagi memastikan anda selamat sampai ke destinasi anda.
   
  Tip umum untuk memandu dengan selamat
  • Lihat di hadapan - jangan mengharapkan kenderaan di depan anda semata-mata. Tinjau jauh di hadapan untuk mengetahui keadaan lalu lintas dan jalan. Ini akan memberi anda lebih masa untuk bertindak.
  • Jangan berhenti - anda dilarang berhenti di lebuh raya melainkan kenderaan anda rosak. Berhenti hanya apabila anda tiba di kawasan perhentian rehat atau plaza tol.
  • Sewaktu kecemasan - jika tayar anda pancit, jangan cuba membelok ke tepi jalan. Ini boleh mengakibatkan kenderaan anda hilang kawalan, lalu berpusing keluar dari jalan raya. Anda hendaklah memecut sedikit dan memastikan kenderaan anda bergerak lurus sebelum pemecut dilepaskan bagi membolehkan kenderaan anda itu bergerak perlahan pada kelajuan kira-kira 30 km/j sebelum anda perlahan-lahan membawanya ke arah bahu jalan.
  • Adakah anda tahu bahawa memandu pada kelajuan 90 km/j menjimatkan pembakaran bahan api sebanyak 30% berbanding jika anda memandu pada kelajuan 120 km/j?
  • Lampu kecemasan seharusnya digunakan hanya apabila kenderaan anda mengalami kerosakan. Lampu ini TIDAK boleh digunakan sewaktu hujan lebat atau apabila anda memandu pada bahu jalan.
  • Pastikan angin tayar anda cukup tekanannya. Tayar yang kurang angin bukan sahaja berbahaya malah boleh menambahkan bil bahan api anda sebanyak 2%.
  • Sentiasa bersedia untuk menduga tindakan di luar jangkaan yang dilakukan oleh pemandu lain.
  • Sewaktu penglihatan kurang jelas, rendahkan lampu depan.
  • Jika boleh, gunakan lorong kiri sepanjang masa. Lorong yang lagi satu merupakan lorong memotong. Jangan memotong di lorong kiri.
  • Sentiasa berikan isyarat apabila hendak menukar lorong.
  • Jika anda berasa mengantuk, keluar dari jalan raya sebaik sahaja anda berpeluang berbuat demikian.
  • Patuhi semua amaran, had laju dan isyarat lalu lintas.
   
 
Gelongsoran hidro (hydroplaning) berlaku apabila tayar anda hilang cengkaman pada permukaan jalan berikutan keadaan basah. Ini menyebabkan tayar anda mengelonsor di permukaan jalan.
   
   
  Untuk menghindari gelongsoran hidro:
  • Periksa keadaan tayar anda dan tekanan tayar dengan kerap
  • Kurangkan kelajuan apabila menghampiri air yang bertakung dan lopak
  • Jika boleh, pandu mengikut trek kenderaan terdahulu
   
   
  Jika kenderaan anda mengalami gelongsoran hidro:
  • Tukar kepada gear neutral (pada sistem gear biasa, tekan klac)
  • Buka lampu kecemasan
  • Pegang kuat stereng dan pandulah ke tempat yang ingin anda tuju
  • Jangan membrek atau memecut
  • Pandang cermin pandang belakang untuk melihat kenderaan yang datang
   
image image