Facebook
Latest News / Events
 
 
Lihat beberapa foto terbaik dari lebuh raya DUKE
 
Gambar terbaru di bahagian Galeri Foto....
 
 
SELAMAT DATANG KE DUKE (LEBUHRAYA ULU-KELANG)
Peta DUKE
Klik di sini untuk Peta DUKE
Peta DUKE dalam JPG
Klik di sini untuk Peta DUKE dalam format PDF
Laluan Penghubung Utama
Duke, akronim bagi Duta-Ulu Kelang Expressway (Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang), membentuk laluan pelengkap utama dalam Pelan Induk Jalan Raya Kuala Lumpur, menghubungkan Duta di barat ke Ampang di timur, dan ke Karak di utara. DUKE melengkapkan Jalan Lingkaran Perantara (Intermediate Ring Road) Kuala Lumpur, apabila menghubungkan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), SPRINT (di Penchala Link) dan simpang Ulu Kelang di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II), bagi membolehkan pengguna kenderaan bergerak dari satu hujung ke satu hujung dalam tempoh 9 minit sahaja.

Selain menambahbaikkan perhubungan, DUKE juga menyuraikan lalu lintas dari bandar ke arah pelbagai kawasan subbandar melalui beberapa laluan masuk dan keluar di beberapa cabang persimpangan utama. Melalui DUKE, anda dapat bergerak dari satu bahagian di KL ke bahagian lain dalam waktu yang singkat, dengan memintas kawasan lalu lintas sesak, seperti lebuh raya Mahameru, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang. Anda tidak lagi berasa tertekan dengan deretan kereta yang bergerak secara perlahan-lahan di jalan raya dan membazirkan petrol anda begitu sahaja akibat terperangkap dalam kesesakan.
 
TENTANG DUKE
JIMAT MASA = UNTUNG MASA
 
   
KONSORTIUM LEBUHRAYA UTARA-TIMUR (KL) SDN. BHD. (KESTURI)
(539274-U) TOLL PLAZA BATU, KM 3.0 LEBUHRAYA DUTA-ULU KELANG (DUKE), OFF JALAN KUCHING, 51200 KUALA LUMPUR